Sunday, February 13, 2011

HIDUPKAN KOMPUTER PAKAI TAIK LEMBU....BIAR BETUL!!!


Sekarang ni, hampir semua benda guna elektrik. Kita guna elektrik untuk menjalankan keretapi, buat masak, lampu, eh semua la elektrik. So, penting untuk korang tau dari mana sumber elektrik ni datang. Kalau korang nak tau,sekarang ni banyak benda yang boleh gantikan elektrik sebagai sumber tenaga.

Banyak syarikat cuba nak jimatkan dorang punya penggunaan tenaga elektrik. Contoh terbaik google. Google ni perabih elektrik sebenanye. Google search tu perlukan tenaga yang sama dengan 11 watt lampu mentol yang menyala untuk tempoh sejam. Cuba korang bayangkan berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk janakan google search ditambah pulak dengan equipment2nye yang super canggih. So google ni cuba nak cut dia punya kos tenaga ni dengan membangunkan sistem penyejukkan yang maju dan mencipta teknik penjimatan tenaga.

Syarikat lain pun guna skill yang sama. Contohnya HP. Dorang ade buat pembentangan kertas kerja dekat persidangan antarabangsa ke empat (leceh tol la kena taip empat bile keyboard da rosak ni) tentang kebolehharapan tenaga yang menerangkan macamana HP merangka penggunaan taik lembu utk menghidupkan data center dorang.

Alkisahnya, taik tu datang dari ladang tenusu yang bersaiz sederhana. Tenaga elektrik tu akan dijanakan daripada taik dengan memasukkannya kedalam penghadam anarobik( aku pon tak tau menatang ape ni). Haba yang dijana daripada proses ni boleh digunakan untuk pusingkan turbin dekat sistem penyejukkan data center. Tenaga elektrik yang dijanakan dari proses pemusingan turbin pulak akan digunakan untuk menghidupkan data center. Suhu penghadam anarobik ni boleh diselaraskan oleh sisa haba yang dibuang dari data center. Proses ni telah dijamin mempunyai kecekapan yang maksimum. Proces ni jugak menghasilkan tenaga yang cukup untuk menguruskan ladang tenusu. Save power untuk data center dan ladang tenusu. SO, JANGAN KORANG SANGKA LEMBU DENGAN KOMPUTER TAKDE KAITAN. DIMANA ADE LEMBU KAT SITU ADE KOMPUTER. SILAP2 HARIBULAN, LEMBU MAIN INTERNET, TIME TU TAK PAYAH LA KORANG NAK BUAT2 TERKEJUT, ADE AKU KESAH....HAHAHA...

HP kata, ladang tenusu dengan 10000 ekor lembu menghasilkan lebih kurang 200000 tan taik setahun. Taik menghasilkan gas metana. Hasil kajian menyatakan gas ni lebih berbahaya daripada karbon dioksiba terhadap alam sekitar.Sebab tu bile korang kentut kat muka member korang, mulut terus berbuih,silap2 mati ditempat kejadian. Sambung lagi,taik juga mencemar sungai dan saliran. Jadi HP gunakan taik ni untuk menghasilkan elektrik dan pada masa sama menyelamatkan alam sekitar.
Selain daripada mengurang kan pencemaran, peladang2 juga boleh buat bisnes jual taik. Difahamkan ladang boleh jual hampir 2 juta dollar setahun daripada tenaga yang dorang hasilkan,bukan dorang, lembu2 dorang..lembu betul ar.

Kesimpulannya kat sini, korang berak la banyak2,mana tau taik manusia pon boleh hasilkan elektrik.Dan satu lagi pengajaran,setiap kejadian tuhan ni ade kegunaannye, tu yang kalau kite kaji dan dapat jawapannya dapat tingkatkan keimanan dan dpt rasa kekuasaannya, subhanallah....pergh terasa diri ni ustaz plaks....Akhir kate aku ade serangkap pribahasa....gajah berak besar, kancil pon berak besar, kalau terasa diri dah cukup bagus tolong la flush taik dalam lubang jamban( ceh, takde kaitan....) .







1 comment: