Pasti anda selalu terbaca tips-tips mengurat lelaki, perempuan, hatta mengurat maknyah sekalipun dimajalah2 atau di internet dan mungkin juga di papan kenyataan sekolah...suka saya ingin tegaskan disini, tip-tip tu semua dah ketinggalan zaman...cuba anda gunakan teknik rahsia saya untuk memikat seseorang atau bahasa rempitnya mengurat...kerana tip-tip ini boleh saya katakan sangat luar biasa dan hasilnya pun memang menakjubkan..diharap anda dapat pengetahuan baru tentang teknik ini dan selamat membaca:
Tips mengurat lelaki:

Kepada budak-budaks perempuan diluar sana yang teringin dekat jejaka-jejaka tampan lepas tu nak ngurat tapi segan, cuba guna teknik rahsia saya ini yang telah banyak dibuktikan keberkesanannya...kerana teknik ini, ramai budak perempuan yang berterima kasih kepada saya malah ade yang jatuh hati pada saya lalu menjadi girlfreiend saya bukan menjadi girlfriend kepada lelaki yang dia ngurat...tetapi sebelum itu, saya warning anda awal-awal, anda kena berhati-hati dengan ape yang anda buat ,dan apa yang anda cakap bila anda gunakan teknik rahsia ni. Pasal ape, lelaki ni ade sifat membuat tafsiran awal dengan apa jua perlakuan budaks perempuan, terutamanyalah....pon(eh, cam johan raja lawak plaks) jika lelaki itu expert pasal perempuan maksudnya playboy, playwood, playground,Casanova,casa impian dan sebagainya, mungkin dalam hati mereka berkata”perempuan ni nak ngurat aku ke ape?”...tetapi jangan risau, kalau anda praktikkan teknik dibawah ini, saya jamin kalau tidak 100% pon 1% pon anda ada harapan untuk Berjaya, tip dibawah adalah teknik rahsia mngurat lelaki, sila baca:
Senyum, lepas itu palingkan muka,
Bila korang suka dekat seseorang jejaka, mulakan dengan senyuman. Pandang muka dia, senyum lepas itu paling muka perlahan-lahan dan biarkan senyuman terus terpapar diwajah anda, kalau boleh, senyum biar sampai jejaka pilihan hati anda menyangka anda tidak siuman. Mungkin ade ketika jejaka itu akan datang kepada anda dan bertanya, “cik kenapa cik senyum sorang-sorang lepas tengok saya?,seluar saya tak zip ke?”,lepas tu anda boleh menjawab ” kelakar tengok muka awak macam burung unta”...lepas tu teruskan perbualan dan anda akan mengenalinya dengan lebih mendalam. Kalau satu hari dia tak layan, buat lagi untuk hari-hari berikutnya...tetapi kalau sampai satu masa die telefon hospital bahagia, berhenti menggunakan teknik ini....
Pujian
Satu lagi skill penting perempuan perlu gunakan dalam proses penguratan budaks-budaks lelaki...memuji mereka selalu..lelaki pantang dipuji, pasti lubang hidungnya kembang sehingga menampakkan bacteria-bacteria pemusnah disebalik jaringan bulu-bulu hidung mereka....Orang lelaki sentiasa ingin mendapatkan perhatian dengan ape sahaja benda yang mereka lakukan...hatta di dalam jamban sekalipun kalau mereka ingin mendapatkan perhatian dan pujian mereka mungkin akan memecahkan tempat kencing berdiri menggunakan keting mereka....diwaktu mereka bersendirian inilah, masa terbaik untuk anda mengambil kesempatan( bukan mencabul mereka) maksudnya...datang kepadanya dan berikan pujian yang mengunung tingginya dengan nada yang paling romantic seperti mana ketika anda bercakap dengan musang peliharaan anda.....sebagai contoh “ awak ni mengamuk pun nampak comel macam setan”, dengan kata-kata ini pastinya si dia akan terharu dan mengatakan “ awak sorang jer yang sudi puji saya, orang lain takde pun nak puji saya sebab diorang tau saya ni terencat...ke awak pun terencat?”,dan disinilah anda akan mula mesra dan sama-sama minum air milo ais tabor dikedai mamak diserikan lagi dengan keindahan lalat-lalat yang terbang bebas disekitar anda-cukup romantic.

Jangan membebel...jadilah pendengar setia
Memang telah menjadi lumrahnya pon, perempuan suka bercakap dan membebel macam pinguin tercabut bulu ekornya.....jadi penting untuk anda pada satu-satu masa diam dan jadi pendengar terbaik...kalau boleh, lebih afdal kalau anda ambil masking tape plaster mulut anda depan die....kalau die Tanya..”kenapa dengan awak ni?” , cakap “saya nak jadi good listener”, adapun mulut anda telah diplaster dan tak boleh bercakap? Tidak mengapa....cakap sahaja dalam hati...dia faham, kalau tak faham lantak la dia, yang penting niat anda mulia, pasal ape? insan yang cemerlang datang dari jiwa yangbersih, hati yang tenang ya...
Lepas tu sentiasalah bercakap perkara-perkara yang positif dan menaikkan semangat dan bulu ketiak si dia, contohnya”awak tak bodoh,Cuma bengap je, boleh belajar lagi,pasal awak belajar banyak kali pon tetap bengap juga, saya tau awak boleh..boleh blah”,Nampak! Begitu positifnya kata-kata ini, saya memberikan contoh..anda boleh cipta kata-kata positif anda sendiri..Paling penting, buktikan anda adalah perempuan yang diperlukan dalam hidupnya............untuk kerja-kerja bertukang,mengecat rumah dan berkebun...
Sentiasa lihat kelebihan pada diri anda
Memang sesuatu yang menyedihkan, tapi memang betul, lelaki hanya tertarik kapada perempuan yang cantik, gebu, berbau harum dan sewaktu dengannya, kita boleh salahkan mereka kerana hal ini, walaumacamana pun,jika anda benar-benar meinginkan lelaki pujaan anda,terus berikan senyuman yang paling manis dan jadilah seseorang yang mudah didekati oleh si dia...kalaupun die sakitkan hati anda dengan menghadiahkan anda mangkuk jamban atau menghulurkan makanan kepada anda dengan kaki atau menyarung kepala anda dengan stokin busuknya sekalipun anda tetap tidak berkecil hati , sebaliknya anda siap ketawa dan mengatakan “kelakar la awak ni, boleh masuk raja lawak, kangaroo pun tak sehodoh awak”,lepas tu ambik la lesung batu didapur rumah anda dan hentak dikepalanya....situasi ini pasti dapat menimbulkan kemesraan antara anda berdua.. ..
Selain itu, cuba memahami kehendaknya, lelaki suka perempuan yang sejiwa dengan mereka..kalau lelaki itu suka pakai baju kaler pink, anda pon pakai la baju kaler pink, kalau die suka buat suffle dalam reban ayam..anda pon begitulah juga seadanya..dan kalau die pakai boxer masa datang kuliah..anda pon pakai la jeans anda macam biasa Cuma anda menyarungkan boxer diluar.....nampak sejiwa lebih-lebih lagi bila boxer anda bercorak abstrak dan kotak-kotak, dan mungkin jika perlu anda tau sikit-sikit pasal perkembangan sukan terutamanya bola sepak, sepak raga, congkak, batu seremban, baling guli dan seterusnya.
Jangan terlalu menilai diri sendiri dan melihat kekurangan pada diri...Fikirkan diri anda seorang diva...Buat la sedikit make-over pada diri anda contohnya mendandan rambut, solek muka sampai Nampak macam opera cina...pakai kasut tumit tinggi dan kenakan pakaian ala-ala orang asli di afrika.... anda akan kelihatan begitu cantik dimata si dia.
Tips mengurat perempuan
Bila bercakap tentang mengurat perempuan, tiada istilah penafsiran awal oleh kaum-kaum sebegini,kerana mereka sedar mereka dilahirkan kedunia untuk di ngurat oleh kaum yang diberi jolokan buaya jantan ini...paling penting,lelaki perlu sedar,sukar untuk memenangi hati perempuan...lebih sukar daripada memenangi sesuatu acara balapan...perempuan suka lelaki yang memahami diri mereka, kerana perempuan kebanyakkannya tidak memahami diri mereka sendiri. mereka suka lelaki yang mengambil berat tentang dirinya, jaga makan minum, tolong flushkan lubang jamban selepas mereka selesai berhajat, tolong sikat rambut, belikan lollipop(eh macam budak-budak la pulak,mungkin saya terlebih mendefinisikan perkara ini..maafkan saya)...Jadi lelaki perlu tunjukkan kepada kaum perempuan usaha anda, perhatian anda mampu membuka pintu hati mereka yang sekian lama tertutup untuk anda, siap bersawang lagi. Mari sama-sama lihat tip dibawah:
TUnjukkan perhatian anda kepada si dia:
Lelaki selalu gagal dalam memahami hati perempuan...mereka fikir bila mereka power,perempuan akan suka kepada mereka, contohnya anda akan bercerita yang anda tahu segala-galanya “awak tau tak, saya kalau betulkan kereta, saya bukak skru pakai ketip kuku je”ataupun “kereta saya ni model m-series terbaru BMW, dulu model yang series tu bla..bla...”, dalam hati perempuan akan kata “poyonye laki ni..pegi m***** la kau”, tetapi macam biasa, perempuan akan sentiasa menjaga keayuannya dengan mengatakan “ow yeke, bagus la awak tau banyak benda...kadang-kadang meluat dengar awak bercerita , dah la mulut bau longkang..tapi tak ape awak still Nampak cool”, kemudian tanpa anda sedari si dia akan menghalakan tangan kedada dan mata memandang ke atas (macam dalam rancangan sentap hati maknak)
JIka anda menginginkan perempuan pujaan anda jatuh hati pada anda, ataupun jatuh dari tangga semasa memasang wiring lampu, anda perlu menunjukkan rasa ambil berat anda kepada mereka bukan bercerita tentang kehebatan anda. Beri sokongan anda kepada perempuan tersebut dan bertanya sekiranya si dia memerlukan bantuan daripada anda, contohnya “eh, bulu hidung awak terkeluar...nak saya tolong cabutkan?”, lihat! Sungguh romantiknya ayat ini...
Beri Sokongan kepada si dia
Bukan nak kata perempuan ni terlalu lemah dan memerlukan lelaki untuk menyokongnya secara emosi dan ape sekalipun. Tapi perlakuan anda memberi sokongan kepada perempuan menunjukkan anda begitu memahami dan bersetuju dengan ape sahaja pandangan yang diutara oleh kaum perempuan...senang citer jaga hati la...tetapi jangan sokong kalau benda tu yang perempuan setuju,tapi bagi anda tidak setuju....takkan perempuan kata lelaki kena masak,jaga anak tukar pampers semua kita nak setuju...
Dan apabila ingin memberi sokongan,carilah kayu-kayu golf ataupun kayu besbol atau apa saje kayu yang anda rase cukup kukuh untuk disendal pada belakang perempuan tersebut bagi memberikan sokongan menyeluruh dan memastikan si dia tidak tersemban ke lantai simen terutamanya ketika mereka sedang tidur berdiri.
Jadilah kawan rapat kepada mereka juga pembimbing yang setia....tinggalkan falsampah2 bodoh anda untuk kes-kes yang melampau....hanya perlu gunakan prinsip-prinsip mudah seperti prinsip bernulli, sistem kang cu, prinsip faraday atau ape saje asalkan tidakmemberi tekanan kepada mereka.
Buat mereka terhibur
Bukan nak suruh anda berpakaian macam badut sarkis atau buat lompat kijang pakai perut, tetapi cukup dengan hanya membuat lawak kejam kepada si dia...perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang mampu membuatkan mereka tersenyum kambing. Jadi tingkatkan skill melawak anda dengan meminum air daun betik, menonton sponge bob atau ape saja yang boleh memberikan idea bernas kepada anda....
Anda juga boleh menunggang basikal didepannya dan cuba buat-buat jatuh...buat berulangkali sampai anda rasa anda boleh dimasukkan hospital...dengan ini mereka akan rasa kesian dan membuatkan mereka ketawa dengan lawak anda secara terpaksa kerana kesian biarpun tidaklah lawak..inilah lawak kejam yang saya maksudkan...dihospital nanti mungkin perempuan itu akan mengatakan kepada anda “awak ni nak buat saya terhibur sampai masuk hospital....kesian awak, tapi tadi kalau awak masuk kubur terus lagi bagus”, Nampak? Lawak anda telah berhasil membuatkan mereka ketawa sekaligus bersimpati kepada anda....orang kate ‘sambil menyelam tangkap belangkas...’
Kadang-kadang perempuan lebih suka kepada lelaki yang pemalu berbanding lelaki yang suka menunjukkan kemegahannya dan rase diri dah cukup bagus. Pasal ape, mereka kate mereka yang pemalu lebih jujur dan setia bila datangnya perhubungan yang serius. Mereka kata” lelaki macam ni la yang i suka jujur dan lurus bendul...senang i nak queen control”.
Body language penting!
Perempuan sentiasa perasan dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh kaum lelaki,jadi pastikan bahasa tubuh anda memberikan maksud yang harmoni, mudah diselami dan friendly dan bukan sebaliknya...Jadi pastikan anda mempunyai senyuman yang manis, disukai dan rasa gugup yang semulajadi bila anda menghampiri perempuan....
Adalah lebih bagus jika anda mampu menggunakan bahasa tubuh yang digunakan oleh kucing ketika hendak mengawan seperti mengeselkan kepala di dinding, menggaru ketiak menggunakan lidah atau memakan ikan mentah didepan sidia....janganlah pula anda mengikut bahasa tubuh yang digunakan khinzir yang suka menyondol-nyondol....haram, belum kahwin....
Bahasa tubuh penting untuk menunjukkan anda begitu cinta kepada sidia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan kepadanya....anda dikatakan Berjaya sekiranya perempuan itu memberikan respons positif kepada anda seperti menyembur mata anda dengan pemedih mata atau juga mencampak kapak beliung kepada anda....JIka ini berlaku,nah inilah dia!!anda telah Berjaya mempunyai seorang awek...
Selamat mencuba dengan tip-tip yang telah dicadangkan...